Monday, January 18, 2010

KERIS TULIN (JM 0537861 – H)


PENGENALAN
Di era pertanian moden kini, pengusaha menyedari akan pencemaran yang terjadi kepada alam sekitar disebabkan penggunaan baja kimia dan racun serangga.

Biasanya dipercayai, kos penggunaan produk mesra alam ini adalah tinggi dan mengurangkan hasil tanaman yang memberi kesan negatif kepada keuntungan.

Di antara masalah ekologi yang dihadapi oleh pengusaha tanaman adalah :-

1. Tanah menjadi asid dan keras.
2. Keupayaan akar menyerap baja berkurangan.
3. Pencemaran alam sekitar.

AS – SAMAD kini telah mula digunakan secara meluas oleh pelbagai pengusaha dalam pelbagai jenis kegiatan pertanian.

Baja organik AS-SAMAD memberi kebaikan kepada industri agro seperti :-

1. Meningkatkan pendapatan melalui peningkatan hasil.
2. Meningkatkan pendapatan melalui penghasilan tanpa musim.
3. Penjimatan kos perniagaaan.
4. Penjimatan kos daripada pengurangan air, racun serangga dan masa.
5. Penjimatan masa kerana pusingan tanaman yang lebih pendek.

APA ITU AS-SAMAD

Ia merupakan sejenis baja organik yang mengandungi :-

1. Tandan ( BUNCH ASH )
2. Sisa Minyak Kelapa Sawit (PALM SLUDGE OIL )
3. Press Tandan Kosong (PRESS EMPTY BUNCH )
4. Abu Shell ( PALM KERNAL SHELL POWDER )
5. Mikro- organisma (EM)

Sesuai digunakan pada semua jenis tanaman dengan kadar yang sesuai. Baja ini memenuhi keperluan pemakanan pokok yang mengandungi semua zat-zat asas untuk tumbesaran pokok.

Ia juga mengandungi sumber asli termasuk organisma serta bahan yang di ekstrak khusus dari tumbuhan.

KEBAIKAN AS-SAMAD

1. Meningkatkan kelembapan tanah.
2. Penggunaan dari awal akan mencegah penyakit dan serangan perosak.
3. Mengimbangi zat-zat pemakanan di dalam tanah dengan lebih baik .
4. Meningkatkan proses pembuatan makanan di dalam pokok yang lebih baik.
5. Membantu proses tumbesaran pokok yang lebih sihat
6. Meningkatkan kadar produktiviti dengan buah yang lebih besar hasil buah yang lebih banyak serat dan rasa buah yang lebih bermutu.
7. Mempercepatkan pengeluaran hasil dan pendapatan.
8. Pokok yang subur kerana zat pemakanan yang cukup.
9. Penjimatan kos untuk bahan pembasmi serangga.
10. Keadaan permukaan tanah yang lebih baik.
11. Menjimatkan masa, tenaga kerja dan kos bagi proses penyuburan / penyediaan tapak.


HASIL PENGGUNAAN BAJA AS-SAMAD





1. Peningkatan produktiviti.
2. Pengeluaran hasil tanaman yang lebih cepat dengan komuniti dan kualiti yang lebih baik.
3. Tanaman bermusim dihasilkan tanpa musim.
4. Penggunaan racun serangga dapat di kurangkan.
5. Menjamin kesuburan tanah tanpa kandungan kimia berbahaya.
6. Kelembapan tanah dapat ditingkatkan antara 30 – 50 %.
7. Mengurangkan penggunaan air.
8. Menjimatkan kos kerana baja ini lebih murah.
9. Tidak perlu mengapor kerana ph tanah menunjukkan tidak berasid.




















TEST REPORT
(JABATAN PERTANIAN MALAYSIA : BAHAGIAN PENGURUSAN & PEMULIHARAAN SUMBER TANAH)
( JABATAN PERTANIAN AYER HITAM JOHOR )

NO PARAMETER UNIT F – 1112
1. Nitrogen as N % 0.02
2. Phosphorus as P2 O5 % 1.8
3. Potassium as k2O % 3.4
4. Magnesium as MgO % 0.7
5. Copper as Cu Mg/Kg 21
6. Zinc as Zn Mg/Kg 41
7. Ferum as Fe % 0.2
8. Manganese as Mn Mg/Kg 271
9. CaO % 1.5
10 pH (1:2.5) 8.6
11. B Mg/Kg 1
12. OC % 2.2


NOTA

1. Secara amnya penggunaan awal digunakan semasa penyediaan tanah.
2. Jumlah yang di perlukan ialah sebanyak 150 – 200 kg se ekar.
3. Diperingkat tumbesaran pengguna setiap 6 bulan sekali atau 2 kali setahun.
4. Masa yang dicadangkan sebelum dan selepas musim hujan atau sebelum pokok berbuah dan selepas menuai hasil / buah.
A) Menentukan garis pusat bayangan / keliling pokok dalam ¾ meter bersamaan satu kg baja.
B) Menentukan umur pokok. setiap satu tahun bersamaan 0.5 kg sahaja.

5. Untuk pembajaan pokok besar, gali lubang disekeliling pokok , taburkan baja dan timbuskan semula dengan tanah, siramkan air yang mencukupi.
6. Penggunaan baja pokok kecil seperti sayuran, tabur di sekeliling pokok berhampiran akar / batang pokok, tutup dengan tanah dan siramkan air.
7. Kurangkan kadar penggunaan untuk pokok kecil bagi mengelakkan pokok melecur.
8. Tidak digalakkan di campur dengan racun serangga atau lain-lain hormon tumbuhan.
9. Simpan di tempat teduh.

No comments:

Post a Comment